Kuasa 10pips

RUJUKAN PERIBADI SAHAJA

Pages

Boleh Ubh lagi ayat ni ...

boyfxpro On 8:44 PM

setahu aku booster bro wha ni meant for TF30...so kita ikut aje rules tu. aku personally ada tanya ngan bro wha ttg nak op ni boleh ke kita op kat tf lain..katanya kena ikut syarat TF30..aku percaya maksudnya kalau nak op just tengok chart every 30 mins...kalau boleh op, kita op..kalau takleh jangan op. banyak lagi masa lain yg boleh kita op. trading can be done 5 days a week...so just take your pleasant time. once semua rules dah dipenuhi at every 30 minutes time....

Tf 1min banyak false signal...tf5 min selalu scalper guna untuk entry bro..refer major kat tf besar arah trend..cuba cari indi yg membantu sebagai tambahan mengukur kekuatan trend..entry konfiden skit..apapun cari suatu sistem yg kita nampak ..tf baper pun..
Sekadar pandangan je...sy pun newbie jugak..tapi belajar dari kesilapan lalu..never give up..and never tamak eheehe..ni yg lomah nie kita ehhe..ada konfiden clear entry baru entry..baru trade tanpa emosi..Apa pun kalau ada target daily lagi bagus...Sy target daily 30pip aje ...kalau ada lebih ...bonus..eheh cam ayat sifu WHA pulak ehehe...

Mcmana Otai2 buka post

boyfxpro On 8:33 PM



------------------------------------------------- ulasan

------------------------------------------------
buat OP CS mesti berada di dalam BB (bolinger band)..CS sudah merah dan Boster Power mahu cross...tukar trend, dan waktu ini London Markert sudah open atau hampir open dan di ikuti Australia sudah mahu tutup dan masa harga Up dan Down begitu tinggi. Skg waktu pertukaran trend

Pandangan aku
rasenyer kalau tgok boliger band boleh kot..
bile cs dah kuar dari uper @ lower , jgn dok buy or sell nanti floating.. lagi2 tf besaw..besau kang floatingnyer..
pandangan je nieh.

Persoalan 1

boyfxpro On 7:46 PM



Ok jika kita study semula asas MP09... Sifu Wha menekankan Cuba OP di awal trend.. Setiap TF menpunyai trend yg tersendiri.
1. Cth OP sell ... adalah dipenghunjung trend TF30min... jadi ini risiko... sepatutnya saudara USdipper perlu tunggun price naik semula atau pun tunggu next CS. Itu penting nya Time management....cth CS 11.30, 12.00, 12.30....selaan 30minit.
2. Fahami hubungan CS dan BB.... BB boleh kita anggap sebagai SnR... Jika CS telah mengenai Line BB atau melepasi Line BB adalah sebaiknya kita tunggu dulu kerana price kebiasaannya akan reverse semula dalam 3 ke 4 CS...
Cuba perhatikan SS yg saya postkan terdahulu. cuba elakkan kita open masa CS berada diatas atau melepasi garisan bband. risiko terlalu tinggi. watpe nak amik risiko. Xperlu kejar pips. esok , lusa ada lagi.
3. Sebaiknya masuk awal trend dan jgn kejar trend. Klu nak kejar juga:-
4. Diawal trend, kebiasaanya price trendy. Bila dah jauh pergerakannya, boleh switch TF5m-15m utk melihat pergerakan price. Klu x lepas midBB dan jatuh semula, boleh ambil OP dan TP janganlah banyak sgt. Walaubagaimanapun, masih ada risiko juga. Sebaiknya kenalpasti pergerakan trend dan jangan lupa tengok news.

Rengukn Perbualan Ini

boyfxpro On 7:25 PM

Kata-kata cfoo wha928 yang memberi kesan kepada saya "kenape bile org pki sistem tu untung kite tukar ikut die, bile org ni pakai sistem die untung, kite ikut die plak. Kenape x phmkn satu sistem shje smpi kte plak buat untung".

Pair Yang Aku Rasa Boleh Follow

boyfxpro On 7:23 PM


Pair GU = Best Kul 3.00 - 10 mlm
aku dah tengok beberapa SS. ketiga-tiga pair ini sesuai sbb klu GU sell, EJ, EU akan ikut jika tidak ada news antara mereka.

Salah Open

boyfxpro On 7:14 PM



SILAP AKU :masa ni aku salah OPENTRADE kerana aku buka trade ketika HARGA TERLALU TINGGI. Ketika tu CS telah melepasi UPPERBAND. ish.. kenapa aku open masa tu... gelojoh betul...
logiknya mana ader orang beli barang masa harga tengah naik. betul tak....?

Trade 24-01-2010 [ 3.00 - 5.00 ptg ]

boyfxpro On 1:07 AM


ari ini lebih lagi 10pips. tapi 0.3 ikut MM ... rezeki anak2
INGAT: TRADE HANYA SEKITAR JAM 3.00 PTG - 10.00 MLM AJER PAIR G/U

Trade 23-01-2010 [ 3.00 - 6.00 ptg ]

boyfxpro On 2:12 AM



lebih 10pips. tapi 0.3 ikut MM
INGAT: TRADE HANYA SEKITAR JAM 3.00 PTG - 10.00 MLM AJER PAIR G/U
sebelah pagi kena settlekan semua keje aku... kul 3.00 dah boleh trade dengan aman..

Forex Pun Perlu DISPLIN?

boyfxpro On 10:52 AM

Disiplin Trader
Salah satu bahagian yg terpenting didalam ilmu forex ialah DISIPLIN. Terdapat berbagai2 penerangan/cara2 ttg displin yg banyak ditakrifkan mengenai forex. Seperti halnya anda mempelajari ttg cara2 penggunaan indikator sehingga anda mahir dan mampu untuk mencipta indikator anda sendiri, berdasarkan pengetahuan anda, pengalaman, sifat2 serta ciri2 trading anda, sifat2/ciri2 diri anda sendiri, makanya disiplin trader juga sama. Anda perlu mempelajari ttg cara2 menjadi seorang trader yg berdisiplin melalui pembacaan atau pertanyaan kpd org2 yg pakar, serta akhirnya mencipta disiplin anda sendiri yg bersesuaian dgn ciri2 trading anda.

Kawal Emosi
Didalam forex, emosi sgt memainkan peranan penting dlm menentukan menang atau kalah, byk atau sedikit. Tolong kawal emosi anda diantara loss mahupun profit. Trader yg bagus hampir tidak menunjukkan emosi mereka semasa trading. Samada mereka profit atau jika mereka loss. Jika mereka dlm keadaan profit, maka ET akan menutup posisi tsb, manakala jika mereka rugi, SL akan menutup posisi tsb. Jgn ada istilah utk anda membalas dendam (revenge the market) kpd market jika anda dlm keadaan rugi. Tetapkan jumlah keuntungan/kerugian yg anda boleh terima utk sehari, maka setelah mencapai sasaran itu, terus keluar dari market, lakukan kajian, dan kembali semula dgn startegi baru yg lebih bagus dan mantap. Jgn terburu2 utk mengaut keuntungan mahupun membalas dendam kpd market. Senario dibawah mungkin pernah berlaku kepada sesiapa shj;
27/1/2007
Ali : Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Ali win $200
28/1/2007
Ali : Keadaan yg sama, signal yg sama - Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Ali loss -$170
Ali : Revenge market - terburu2 membuka posisi yg baru utk mengaut kembali keuntungan, Keadaan yg sama, signal yg sama - Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Ali loss lagi -$170 (jumlah semua loss -$340)


Apa yg sebenarnya berlaku disini ialah EMOSI yg tidak terkawal, teruja dgn kemenangan yg lepas menyebabkan Ali hilang pertimbangan.Jgn biarkan diri anda menjadi spt Ali. Lakukan kajian utk setiap posisi yg anda akan buka.

Yakin
Yakin disini dalam erti kata sebenar ialah keyakinan terhadap sistem yg digunakan. Setiap posisi yg diambil, hendaklah dibuat dgn penuh pertimbangan berdasarkan kajian (TA mahupun FA) dan juga konsep MM yg bersesuaian dgn anda. Maka setelah keputusan dibuat, hendaklah diletakkan keyakinan terhadap keputusan tsb.ET/TP dan SL telahpun dipertimbangkan sebelum membuka posisi lagi, dan hendaklah yakin dgn keputusan anda terhadap ET dan SL tsb.

Sentiasa uji sistem
Utk berjaya didalam forex anda perlu lebih kreatif dan sentiasa berada satu langkah dihadapan. Setiap sistem yg anda pelajari mahupun yg anda cipta sendiri pastinya ada kelemahan dan kelebihannya, maka anda perlu utk menguji sistem tsb utk setiap keadaan/kemungkinan. Secara teorinya, setiap indikator adlh sesuai utk setiap jenis pair, paten chart mahupun timeframe namun realitinya tidak sebegitu. Uji sistem anda dlm setiap keadaan seperti;

Pair yg sesuai - EUR/USD, GBP/YEN dsb
Timeframe yg sesuai - 15min? 30min?
Paten chart - Trending? consolidate? choppy?
Setelah ujian2 dilakukan maka anda akan dpt melihat apakah keupayaan sebenarnya sistem anda. berapa % utk anda win, berapa % margin yg sesuai dsb.

Teruskan belajar
Kebanyakan trader akan cepat berpuas hati apabila mereka telah menemukan satu sistem/cara yg sgt bagus utk trading. Namun berdasarkan pengalaman, pasaran itu sendiri adalah sesuatu yg hidup maka pasaran itu sendiri akan mencabar kepercayaan dan pertimbangan anda terhadapnya. Sentiasa mempelajari sesuatu yg baru samada indikator, disiplin, psikologi dsb, akan menjadikan anda lebih bersedia utk menhadapi sebarang kemungkinan yg bakal berlaku. Teruskan belajar ilmu forex kerana dunia forex adalah sgt luas dan tidak mungkin dpt dikuasai oleh seorang individu shj.

Money Management siri 2

boyfxpro On 10:51 AM

Money Management
Tahniah kerana anda telah berjaya membaca artikel sehingga ke halaman ini. Pada tahap 3 ini kita membincangkan tentang cth cara2 pengunaan money management (MM).
Pertama sekali ialah kenapa perlunya MM? Jika di tahap satu dan dua, kita membincangkan ttg TA dan FA yg memungkinkan kita utk mendapat keuntungan yg sudah bagus, jadi mengapa perlunya lagi MM didalam forex? Difahamkan bahawa;

A. Tidak ada satu pun di antara beribu2 indikator yg wujud yg mampu memberi 100% win result.
B. Tidak ada seorang pun didalam dunia ini yg mengetahui kearah manakah market sebenarnya akan bergerak
C. Tidak ada seorang pun yg tahu bilakah market sebenarnya akan bergerak
maka, cara yg terbaik utk berjaya ialah , meniagakan forex dgn betul (trade the forex correctly), dan memasukkan konsep MM kedalam sistem trading anda. Pertimbangkan pula keadaan ini, (the negative side of forex trading/what make you loss - rajautara The Hidden Fortress) ;

1. Too much volatile - terlalu byk pergerakan naik/turun yg mendadak
2. News manipulation - manipulasi berita
3. Political Event - acara politik
4. Internet connection - keadaan sambungan internet
5. Server issue - masalah server
6. Greed and Fear - sifat takut dan tamak
7. Human error - kesilapan manusia
8. Low capital - modal yg rendah
9. Low economic knowledge - pengetahuan ekonomi yg rendah
10. Low chart understanding - pengetahuan chart yg rendah
Jadi secara logiknya, jika A,B,C dan 1 hingga 10, adalah keadaan yg langsung tidak menyebelahi trader, maka dimanakah peluang kita utk menang? Disinilah MM memainkan peranannya.

% margin
Kebanyakan website menyarankan utk menggunakan MM tidak lebih dari 3% margin, malah Alexander Elder sendiri menyarankan kurang dari 2%. Timbul persoalan, kenapa pula para professional trader yg bagus tidak berani mengambil risiko yg lebih dari 3% utk setiap trading mereka sedangkan mereka mempunyai berbagai2 indikator yg bagus dan info yg bagus dsb?
Disinilah pengalaman mereka menyatakan bahawa tidak ada satu bendapun yg pasti didalam forex, jadi mengapa ingin mengambil risiko tsb?
Bagi saya, dlm proses pembelajaran 3% adalah sgt lojik. Jika anda baru berjinak2 didalam dunia forex, mengapa perlu utk menggadaikan wang terhadap sistem yg anda baru pelajari ataupun teknik2 yg baru? cukuplah sekadar 3% ataupun anda menggunakan virtual akaun sebagai satu eksperiment. Jika hasilnya adalah bagus maka barulah anda menggunakan live money (duit betul) utk trade.

Contoh penggunaan MM
Secara asasnya, pengiraan MM jika diambil kira penggunaannya di MV dan jumlah risiko yg diambil ialah 3%, maka Cth katakan;
Wang anda = $1000 x 3% = $30
Pada leverage 1:100 dan Spread GU = -5pips (spread hendaklah diambil kira)
Quantity = 3000 ET=60pips dan SL=50pips (kira SL dan ET sebelum open pos)
Menang = $18, Kalah = -$15 (inilah hasil dari MM tsb)
Semestinya anda diwajibkan utk membuat kajian sebelum membuka pos utk mengambil posisi menang, namun melalui matematik, anda sudah sepatutnya tahu berapakah yg anda akan rugi utk setiap posisi yg telahpun dibuka.

Jangan terlalu lama dalam market

boyfxpro On 10:43 AM

Tips ini adalah menunjukkan atau bermaksud kita tidaklah terlalau berada dalam market untuk mengejar profit. Maksud saya adalah kita tidak perlu berada di awal pagi untuk mengejar pip Jepun buka...diikuti terus berada depan komputer untuk menunggu jam 4 ..jam 5..hinggalah keesokkan paginya...... Biasanya orang sebegini terlalu risau pasal market dan ingin mengetahui semua market orang dan semua pair yang ditawarkan oleh broker.

Ini amat berbahaya kerana kita akan hancur sama sekali... sebenarnya kita perlu berjadual...kalaulah kita berniaga...takkan kita nak berniaga dari baja pokok hingga kepada sayur segar diikuti kain dan pakaian dan makanan siap dan restoran... kita bukan Hypermarket ..kita menjalankan perniagaan ini hanya seorang...iaitu DIRI SENDIRI...kalau kita sedar dengan hanya seorang kita patut sedar....sampai mana kita mampu menjalankan tugasan kita... kita bukan superman....kita hanya trader kecil...kalau kita sedar....kita hanya perlu memilih satu cabang niaga sahaja.....cuba lihat di pasar tani....ramai peniaga disanakan????..mereka hanya niaga apa yang mereka mampu kawal....kalau mereka pandai masak nasi lemak..mereka niaga nasi lemak...kalau apam balik...mereka akan niaga apam balik...begitulah forex....kita sepatutnya memilih satu pair yang sesuai sahaja...katakan anda memilih GJ....itu pilihan anda...anda kena memastikan pula GJ berkait rapat dengan German dan Jepun... adakah anda sedia bangun pagi untuk jepun dan malam untuk german...

Begitu juga kalau memilih GU....kita hanya mampu melihat jam pasaran German dan USA pada masa biler...

pilihlah satu pair sahaja....saya ambil contoh GU....maka buatlah trade time kita....kita tau GU bukak petang,...dan USA buka malam....maka kita setkan kita keje hanya jam 4.00 ptg hingga 11.00 mlm....itu kerje kita....time untuk kerje...

jadi waktu yang lain anda abaikanlah...bukan x hendak tetapi kita hanya tumpu pada waktu keje kita...

Setelah memilih pair....pilih waktu....maka anda perlu memilih waktu sesuai atau pick time ...maka biasanya pick time adalah masa pasaran dibuka...German buka jam berapa?...USA jam berapa?...pada masa tu adalah waktu anda perlu ada di pasaran. Begitu juga waktu close...
Jadi......waktu yang lain iaitu sekitar asar dan juga sekitar maghrib...serta sekitar isyak..jangan lupa untuk sembahyang.....

cuba anda SCAN....dalam jam 4.30 ptg hingga jam 11.00 mlm....untuk GU....berapa kali dalam seminggu anda akan menemukan trend yang kuat?....hampir setiap masa....itu jawapannya...

jadi.....berhati-hatilah dalam market....tips saya : Jangan terlalu lama dalam market...sehingga menjadi burung hantu......dan giler pasaran.....

Kemampuan timeframe

boyfxpro On 10:42 AM

Dalam tips ini .... kita belajar mengenai Timeframe...kalau dilihat kita selalu disogokkan dengan beberapa timeframe yang mana menjadi pilihan hati....ada yang memilih time frame kecil...M1, M5...time frame sederhana ..M15, M30 H1...timeframe panjang H4, D1, W1 MN

Namun manakah time frame yang sesuai....dan apakah kemapuan pip dalam time frame ini?...Saya nak kaitkan anatara pip dengan timeframe...

Jika dilihat dengan timeframe...ramai yang memilih dengan cara tersendiri...mengikut cara mereka trade...

Namun bagi saya....saya ikut cara saya...cuba kita perhatikan..budaya orang trading...mula2 dia lihat time frame H4....kenapa H4?....satu soklan luarbiasakan....apa kena mengena H4.....tau ke kenapa kita ambil H4...kenapa tak ambil D1....dan sebagainya...

Jawapan bagi saya adalah..mereka sering mengikut2 cara orang trading...umpama jika kita seorang berjiwa sentimental...tiba-tiba mengikut cara orang rock pula....tak ke tergeliat seluruh badan...sanggup tak mental dia bertukar serta merta...

Namun saya x nafikan iaitu H4 merupakan sebagai guideline untuk Daily trading...faham tak maksudnya.... maksudnya ..jika kita trading tiap2 hari dan ingin menutup post dalam hari yang sama..kiat sepatutnya ikut tengok H4....bukan daily...bukan weekly..bukan monthly.... lainlah kalau mereka jenis swing...mereka akan sering mengikut timeframe yang lebih lama......

tapi..apa yang terjadi dengan timeframe kecil2.......time frame ini untuk yang superaktif je....jarang orang mampu berada dalam keadaan ini...hanya mereka yang gemar2 bermain dalam forex dan bukan trading sahaja yang dusuk dalam timeframe ini...

Bagi saya pula...saya berminat pada satu statement iaiatu pada satu timeframe sahaja...kerana apa..kerana saya meletakkan sesuatu target dalam M15...

Apa targetnya...begini....saya sering mengambil 10-15 pip dalam sesuatu trend...jadi M15 menawarkan sesuatu keistimewaan iaiatu setiap candlestick atau kumpulan candle sticknya bergerak lebih dari 20 pip...jika kita duduk di timeframe H4 dan hanya untuk ambil 10-15 pip...ianya salah...sebab kita diberikan peluang besar tetapi ambil benda kecil....jika di M15...peluang dan tawarannya adalah sesuai....10-15 pip...

jika di M1...kita patut ambil 3-4 pip sahaja...usah tunggu ambil 30 pip untuk tutup di timeframe tersebut...salah tu...

Kenapa 10-15 pip apa yang saya sarankan...
Begini.....jika kita bermodalkan sedikit...maka cara kita nak menang adalah kita perlu melebarkan sayap kita pelan2....usah gopoh dalam membina empayar perniagaan...nanti x terkawal...

Katakan modal 100usd...kita ambil 10 pip....kan mudah 10 pip dicapai....ambil dulu apa peluang yang ada...usah di bairkan...usah tunggu sampai 100 pip baru nak close... salah tu...cuba anda bayangkan...kalau saya ambil 10 pip dulu..maka pada kali ianya close...equity saya juga telah menigkat kepada 110usd.....dan...pada masa tu...lot saya bolehlah di naikkan sedikit...dan saya masuk lagi ..10 pip menang...maka equity saya dah naik kepada lebih 122 atau 123usd....sebab equity telah tetap...
selain itu jika kita tak naikkan lot dulu tetapi kita kekal dgn lot asal..apa yang terjadi adalah...margin level kita makin bertambah....bukan kah itu keistimewaannya...

Namun yang paling penting adalah TERCABAR...katakan anda nak biarkan ianya mencapai 100 pip...tup2...pada pip ke 98 dia reverse balik...maka anda pun akan terfikir...tak apa..nanti naiklah ianya menjadi dan mencecah 100...itu tanggapan mereka...malah yang sedihnya...tiba2 price menjunam dan menjunam....anda tetntu selalu merasainya...dan saya yakin anda akan kata..tak apa nanti dia akan naik lagi...tetapi anggapan anda salah...price semakin menjunam...dan bermain di paras negatif....dan negatif tu main besar dan besar...maka..anda x ada pilihan ..cut dalam loss atau MC...tu sahaja...kalau anda cut dalam loss...anda mula berperasaan dendam...anda kata market x adil...anda kata aku mampu menang kali ini dan lebih baik dari tadi...maka anda masuk kali ini dengan nilai yang sama atau lebih besar...apa terjadi..perasaan dendam dan tamak mula bermain...anda lupa..anda hanya sekumit trader...anda lupa ....lautan forex terlalu besar dan anda x sedar gelombangnya...maka kali ini anda akan terus hanyut dan tenggelam..tercungap2 dalam lautan forex ..dan berkirim salam pada dunia forex....

Kenali Diri Anda

boyfxpro On 10:41 AM

Sebelum kita meneruskan pelajaran dan pengajian forex...maka saya lebih gemar meminta semua trader mengenali diri sendiri. Ini bermaksud..sekiranya anda mahir menyepak dan mengelecek bola..maka lebih baik anda memilih untuk maju sebagai pemain bola...sekiranya anda mempunyai ketahanan bernafas..anda pilihlah sebagai penyelam..atau pelari jarak jauh....itulah diri sendiri namanya...

Cuba anda berfikir...desekeliling anda ..ada yang bekerja sebagai akauntant,...engineer...anda......bagaimana?...adakah anda mampu memasak?....mampu menjadi akauntant...atau doktor?......itulah kemahiran diri namanya..

Dalam forex...cuba anda renungkan beberapa pertanyaan berikut....
a.Adakah anda ada masa untuk duduk depan komputer? Duduk selalu, kerap,sekali sekala atau jika perlu.....

b. Adakah anda ingin cepat kaya?...

c. Adakah anda rasa forex ini satu pembelajaran dan satu permainan?

d. Adakah anda rasa anda boleh berdisiplin?..

e. Adakah anda rasa anda anda mahu belajar dari peringkat awal...

f. Adakah anda rasa anda forex ini satu Perniagaan.

g. Adakah anda sedia mnerima keuntongan dan menerima kerugian dalam forex.

h. Adakah anda rasa anda kena mengawal diri?

i. Adakah anda rasa apa teknik yang sesuai dengan diri anda dan bagaimana nak mendapatnya.

j. Adakah anda rasa semua orang sama sahaja dengan cara anda berfikir.

k. Adakah anda rasa anda yakin dengan keputusan anda.( making decision??? )

Semua ini adalah beberapa soalan yang penting untuk anda...kerana apa?...Jawapannya...keranan anda perlu tahu sesuatu tentang diri anda...

Kajian saya menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang trader...anda perlu tahu bagaimana nak mengawal diri sendiri dari sifat kepercayaan pada arahan. Ramai anatara kita telah ada indicator...dah ada signal....namun mereka gagal mengikut signal mereka ..mengapa?...jawapannya tak ada pendirian......

Percaya kah anda...dan ini kah yang berlaku pada anda...anda ada teknik tertentu...teknik..arahan..dan signal...anda telah tetapkan...adakalanya anda gembira bila trade anda menjadi.... namun bila semua signal anda telah ikut dan anda pula terasa sedikit ketamakan dan ketidakpuasan hati mengejar pip..anda akan cuba2 untuk langgar pantang dalamundang2 yanganda bina...akhirnya anda akan berfikir kepada yang tak sepatutnya anda berfikir...anda dah GAGAL...

Maksudnya begini...anda dapat signal BUY..dan trend memang BUY...anda pun close dalam p[ositif....baguslah begitu....namun katakan anda dapat signal BUY...anda masuk BUY..tiba2 price anda menjadi SELL...anda dah tercungap2....anda pun segera close...padahal selepas tu je dia jadi BUY dan memanjang BUY...anda dah x ikut cara anda...betulkan....

lain pula kes begini..anda buy..dan close..dan anda rasa anda akan nak BUy lagi...rupa2nya price dah hujung...dia sell pulak...maka anda dah panik....apa anda buat?...anda berilah jawapan sendiri...

Kita sambung lain kali dalam mengenal diri.....

Ketakutan, keberanian, gentar, dan tak kisah......

boyfxpro On 10:40 AM

Ketakutan, berani, gentar dan tak kisah satu perlakuan yang kita akan temu dalam dunia forex....mengapa....ini tidak kira sifat hangat2 tahi ayam pun ada juga.

Maksud saya....cuba bayangkan diawal anda memasuki dunia forex....anda memasukkan duit dengan sejumlah yang tertentu...ada yang memasukkan 50, 100, 1000 dan malah ada yang masukkan lebih besar dari itu....mengapa...

Pertama kali anda memasukkan duit sejumlah 50 usd....anda akan merasa satu rasa....ala baru usd50...hilang pun tak apa..kalau berjaya pun oklah....inilah dinamakan pelaburan anak2 ikan....kenapa....dia hanya menyumbangkan sejumlah kecil wang 50usd....dan dia tak mengharapkan keuntongan sangat...kerana dalam hatinya ...kalau rugi pun cuma usd 50 sahaja....tetapi ada sebahagian menyatakan dalam diri masing2..aku hanya meletakkan satu angka usd50 ini sebagai bahan ujikaji...kalau berjaya..oklah..kalu x ..apa nak kata....tapi ada yang merasakan inilah permulaan yang aku sanggup untuk meneruskan satu perjuangan forex...dan dia berusaha untuk berjaya......orang macam nie...VERY GOOD PERSON.

Lainlah kalau anda mempunyai modal yang besar...katakan usd 1,000 atau lebih....dlam hal ini saya akan nyatakan beberapa perasaan dalam dunia forex...

Pada awalnay anda memasukkan jumlah yang besar.....anda mula trade..pada masa ini akaun anda pasti turun naik macam ombak....dunia perasaan anda akan bergelojak dan anda dalam tekanan yang tinggi...kalau untong...kaya aku..kalau rugi..habislah semuanya....dunia anda sentiasa tidak tenang....anda akan diselubungi perasaan dendam, tamak, gusar....sebab apa..sebab anda akan risau...harapkan untong dan elakkan rugi....

Namun bila katakan anda dapat meningkat equiti dari usd 1,000 kepada equiti usd2,500......pada masa ini anda trade dalam dunia trader yang berbeza....anda berkira2...apa terjadi...aku hanya akan gunakan usd1,500 hasil untong dan tak akan rugi pun sekiranya kalah dan equity turun sehingga usd1,000....itu break even point....BEP namanya.....dalam masa ini anda akan merasa seuatu yang tenang sedikit...almaklumlah modal lebih katakan.....namun ada yang gagal dalam ini...mereka gagal didebabkan melanggar pantang dan tidak ikut aturan....akhirnya apayang dikutip selama ini dipulangkan balik ke pasaran dalam amsa beberapa jam sahaja....alangkah ruginya....

Taukah anda satu lagi apa yang dialalmi oleh mereka yang mendapat pulangan yang besar....katakan dulu modal usd1,000....dalam masa beberapa bulan ianya dah menjadi usd 100,000.....untong besarkan????...perasaan mereka sewaktu trade kali ini agak berbeza...mereka mula takut pada market....bukan takut apa..takut step tak menjadi...dan rugi dan rugi..padahal selama ini oke sahaja...... mereka akan merasakan gusar....takut...perasaan masuk sikit2 mula diamalkan....x berani mula wujud.....inilah perasaan yang ada....apa yang berlaku pada mereka2 ini adalah mereka gagal meneruskan perjuangan dan memikirkan step aku ini betul ke....bayangkan dulu aku main usd 1.0 per lot...tapi bila nak main usd 50 per lot tangan dah mengigil...melihat angka sahaja dah tak tenteram...padahal stepnya sama..tetapi gagal kerana kegusaran.....

Namun ada yang pula menyatakan tak kisah pada market....maksudnya mereka akan tetap menyuntik duit demi duit untuk BERMAIN dalam forex...kalau lah nak main kenapa maian REAL...nak main...mainlah DEMO....ini tak..mereka main REAL dalam MAINAN...sebenarnya forex bukan satu mainan..ianya satu perniagaan...kita perlu perniagaan bukan satu mainan....kita membina empayar bukan kita membina satu ruang taman suka2.....itulah perasaan yang ada dalam dunia trader...

Dari itu saya katakan dengan ikhlas...bahawa...sebelum menjadi tarder kita perlu bersiap diri dengan ketetapan, disiplin, keyakinan , dan kemampuan bertarong....tanyalah sapa dalam dunia perniagaan..mereka akan ada sikap sebegini untuk terus berjuang dan berjuang... ingat saya kan pesan guru saya...."usah dikira berapa kali dia jatuh tetapi bilanglah berapa kali dia bangkit kembali dari kejatuhannya"......

dan saya selangi dengan ayat berikut... "usahlah kita jatuh kali kedua pada tempat yang sama..sesungguhnya ia orang2 yang kerugian"....maksudnya lepas kita jatuh..kita perlu berusaha dengan cara lain yang dapat kita terima dan bangkit lagi.....bak kata pepatah... " buatlah 1000 ujian dan dimana akan ada ujian yang ke 1001 yang akan berjaya malah jadikan 1000 ujian itu bukan kegagalan tetapi merupakan anak tangga kejayaan bagi ujian yang ke 1001".....amin

Perancangan dan merancang....siri 1

boyfxpro On 10:35 AM

Terlebih dahulu ramai antara kita bertrading tanpa hala tujuan.....lihat lah diri sendiri...tanyalah pada diri sendiri....mengapa aku bertrading...apa hala tuju aku....bagaiman keadaan aku sekarang...esok..dan akan datang.....semua ini perlukan perancangan....bagaimana ianya dibentuk...ianya perlu dibentuk melalui merancang ...merancang dengan betul....

Forex adalah satu perniagaan...kita daftarkan perniagaan kita dengan broker2 tertentu...tak kisahlah yang mana satu....selepas tu bermulalah satu perniagaan....kita bukan berniaga barangan mudah rosak...kita niaga barangan yang kekal..esok lusa minggu depan ..minggu nie...ianya akan begitu tak akan ada turun naik nilai...tak akan ada susutnilai...semuanya sama...cuma kita yang tentukan nilai sesuatu akaun kita...


Oleh itu perniagaan ini kita buatkan suntikan....lihatlah...kalau kita mampu ada yang suntik beratus2....beribu2...itu hak atau betapa kecil atau besarnya perniagaan kita...kalau nak bukak gerai tepi jalan...maka kita suntiklah modal sedikit...kalau nak buat hypermarket maka suntiklah besar2...he..he....lihatlah kemampuan diri.....

setelah perniagaan kita didaftarkan....di suntikkan modal..maka kita perlu berniaga...namun kejayaan perniagaan bukan tertakluk pada sesiapa ..ianya pada diri sendiri....apa perniagaan nak kita buat...jika dilihat pada unsur sebegini...kita boleh berniaga macam2...niaga komputerlah...niaga stikerlah...niaga rotilah..dan macam2..pilihlah sesuatu perniagaan khusus...bukan kecamuk...dalam forex nie...kita ada niagalah GU, EU, GJ...hingga kepada GOLD....pilihlah satu perniagaan...katakan anda mabil GU...anda perlu tau...kenapa anda memilih GU...sebab apa...serupalah seperti orang lain niaga...dia jual roti kenapa dia tak jual komputer...mungkin sebab dia tidak tau pasal komponen komputer...nanti kena tipu....he..he...

setelah anda ada itu semua ...maka anda perlu juga menyiapkan diri dengan tektik perniagaan....disekitar anda...jika anda jual air tepi jalan....dan jiran sebelah anda juga jual benda yang sama...apakah perancangan anda...anda perlukan sesuatu taktik peperangan dalam perniagaan... bak kata pepatah....perniagaan umpama pokok ceri ...burung akan hinggap pada pokok ceri yang berbuah lebat dan rimbun...maksudnya...jika anda berniaga tak kiralah niaga apa pun....jika anda pandai menyolek perniagaan anda...anda pandai layan tetamu..anda pandai memberikan tarikan pada perniagaan anda..maka anda akan dpat perhatian pada pembeli dan ini akan menguntongkan anda....dalam forex begitu juga...jika anda tau selok belok niaga..anda akan dapat profit...




Begitulah... perniagaan juga memerlukan perancangan sekarang dan perancangan jarak jauh atau jangkamasa panjang. Bagaimana kita nak membentuk...begitu mudah sekali...kita siapkan sesuatu landasan perniagaan...kita elakkan dari terbabas....
Cuba anda lihat ...macamana kapalterbang nak berlepas...mula2 dia akan memasttikan hala tuju..( kalau forex..buat hala tuju kita..nak berjaya...)..selepas itu dia akan mengisi penumpang dalam kapalterbang...( kalau forex....kita suntik modal)...selepas itu dia akan menyusuri dan bersedia di tempat awal landasan...( kalau forex...kita dah bersedia dgn taktik , MT4 dan signal kita)....selepas itu dia pun meluncurkan dirinya mengikut landasan....pada masa ini pilot kapalterbang akan berhati2 dan memastikan semua signal, keselamatan, kelajuan kapalterbang, keseimbangan..semuanya betul...( bagi kita diforex...pada masa inilah kita masih diperingkat newbie...belajar dan bertrading sedikit demi sedikit..mengikut signal, x ada perasaan dendam...dan mengikut arahan...anda adalah pilot pada masa itu...jika anda tak ikut arahan..maka anda akan terbabas....MC akan memanggil anda...anda dibekalkan signal dari MT$...atau tower airport anda..)selepes itu kapal terbang itu terus meuncur laju dan laju..dan mula berlepas keudara....( kalau dalam forex...anda dah berjaya pada awalnay dan berjaya mengawal diri dan mengikut arahan..maka anda akan terus berjaya...dan berjaya..dan terbanglah sesuka hati anda.disana diawan biru tanpa ada rasa gusar lagi.....

Benar....Forex umpama kapalterbang...anda berfikirlah dahulu.....kita akan berjumpa dalam Perancangan dan Merancang siri 2...bagaimana nak membuat planner.....sekian

-SUMBER http://bsmp2010.blogspot.com

Panduan News Mingguan

boyfxpro On 10:10 AM

Ingatkan semula....1%, 2%, 3%,4%,5% dan 6%

boyfxpro On 1:19 AM

Benda2 ini amat penting bagi semua trader. Memang ramai trader yang wibawa di kalangan kita...namun hanya 5% sahaja yang berjaya dengan sekadar dapat maintain...sementara hanya 2% sahaja yang berjaya dalam forex dan menikmati dunia forex....selebihnya angka2 tu hanya kiraan semata-mata...

Mengapa 2%....dalam 2% golongan trader hanya 1% yang benar2 amat selesa sekali. Ingat mereka ini jenis bukan kaya jual bahan, latihan dan krusus.....tetapi mereka ini benar2 kaya dengan forex.....mengapa kejayaan mereka ini dihuraikan...

Bayangkanlah...kita jika mereka mempunyai USD 200K ( dua ratus ribu USD= RM 740,000)
jika mereka menggunakan 1% sahaja maka mereka telah menggunakan sebanyak USD33 ( sekiranya guna GU)....maka dengan sehari 100 pip maka mereka akan mendapat USD3,300 cuba anda bayangkan jika mereka menggunakan dalam sebulan maka mereka akan ada USD 66,000 ( RM 231,000 ) kayakan mereka........

beginilah jika kita ada USD 10,000 dengan 1% maka kita akan menggunakan sebanyak USD1.66 dengan 100 pip = 166 dan selama sebulan mereka akan ada USD 3, 333 atau RM 11,666 .....banyak kan....itu merek guna 1% dah memadai...bayangkan ..berapa banyak mereka ada margin level dengan 1%...fikirlah sendiri....adakah sehingga 40,000-50,000%

Ini berbeza dengan sebahagian trader yang ada di sekitar mereka....denga modal USD 500 mereka hendak cepat kaya dan bermain dengan USD 2 per lot....berapa % tu?....sekitar 25%...lepas tu buka 3-4 position...dah berapa % habis...maka Margin level pun dah sekitar 200-300%...sikitnya....
Selepas itu merka akan menerima MC atau yang bagus sekali SO....topup lagi..MC lagi....dan berulanglah topup dan MC....kalaulah dari dulu mereka mengamalkan 1%....bayangkan ..adakah mereka akan kena MC?....susuahkan...

Jadi kalau modal kecil buat cara kecillll kalau modal USD 500...pakai 1% maka pakai 0.08 lot atau 8 sen...x 100= USD 8.33 .....dan sebulan dapatlah...USD166 ( RM 583)...memang modal kecil...begitulah...itu pun dah dapat sebanyak 33.2% profit....berbanding modal....tak banyak ke? dari kena MC...

eeeeeee....mudahnya saya katakan 100 pip....ye...bagi saya mudah....kalau setakat dah mahir dan mengawal perasaan ...200-300 pip sehari pun boleh.....tapi bagaimana ya...jawapannya adalah pembelajaran......dan pengalaman....dan emosi....


Minggu depan saya akan tunjukkan trade dengan 1% sahaja berdasarkan apa yang ada...bagi menyambung pelajaran ini...lihatlah....x kisahlah kalau kita sasarkan USD 30-50 sehari...tetapi kita tenang....margin level kita besar..itu pun dah..RM 105- 175 sehari.....biarlah orang kata kita bodoh ...margin besar disimpan buat apa.....kalau x digunakan....jawapan bagi itu adalah begini...kita tidak tau biler kita akan benar2 terdesak menggunakan margin itu...satu masa dan ketika anda akan terpaksa menggunakannya...jadi sediakan payung sebelum hujan......amin...

Apakah Salah Sang Persilat ini.....

boyfxpro On 12:48 AM









Ini saya ambil dari akaun sebenar persilat tu...saya dah minta kebenarnannya...taukan salahnya..
a. Tak jaga MM....
b. Buka banyak pada satu masa....
c. melanggar pantang untuk buy atau sell..
d. dan ...apa lagi...menari dengan irama dan rantak berbeza...memang sukarkan....

Perancangan dan merancang .....siri 3 (akhir)

boyfxpro On 12:46 AM





Setelah kita membuat jadual perancangan dalam siri 1 dan siri 2, kita perlulah juga membuat satu kaedah menjalankan agar perancangan ini dapat dijalankan. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan beberapa pengetahuan asas sahaja. Berikut adalah beberapa tips bagaimana nak menjadikan perancangananda berjaya;

a. Anda memerlukan tempat khas bagi menajlankan aktiviti forex. Ianya bermaksud bahawa kita perlu menjadikan forex ini sebagai satu keutamaan. Sediakan tempat khusus untuk berforex seperti sudut di rumah siapkan dengan komputer, line internet, buku log, dan ruang santai.

b. Jadikan sudut tersebut / bilik tersebut merupakan bilik yang anda sendiri sebagai opis rumah dan ianya benar2 memmbina suasana ceria dan bermotivasi. Usahlah di serabutkan dengan tuala, kertas2 kotor, gelas yang tak berbasuh dan lain2...ceriakan sudut tersebut denagn pewangi dan haruman menyegarkan.

c. Setelah itu, anda tentukan dan membuat jadual bila anda akan berada di sudut tersebut dan bagaimana perasaan anda. Sedialah dengan pakaian ringkas dan santai.. takkan kita nak berforex denagn kain sarong sahaja.

d. Sebelum berada di bilik forex/ sudut forex amalkan tip saya... mula2 tarik nafas panjang2 selama beberapa kali. Berserah kepada tuhan atas rezeki yang akan diberikan ..berdoa ( ikut agama masing2)... tenangkan minda dari kecamuk ... iani dapat dilakukan dengan melakukan tafakur sejenak dan mendalami diri masing2...selepas jiwa anda tenang maka anda bolehlah mulakan berforex.

Forexlah dengan jiwa yang tenang dan santai agar anda dapat menerima dan mengawal perasaan dari sifat gelojoh dan tamak.

pekara dia atas dialkukan adalah bersebab iaiau, ramai antara kita berforex dengan hanya bermain dalam forex. Ini salah... cuba anda bayangkan jika anda ada duit RM 1,000 dan anda tabur sahaja di jalanraya...saya umpamakan ini kerana dengan RM 1,000 kita boleh dapat sekitar usd270 dan anda hanguskan nya dalam satu malam dalam forex...betulkan... anda berani sebab anda tidak nampak wang tersebut dan anda mungkin akan berperasaan usd jumlahnya kecil baru 270...tetapi bila di tukarkan jadi RM..baru anda sedar jumlahnya menjadi besar...

Saya minta anda sedar dan menjadikan forex ini sebagai satu Business bukan satu tikam judi atau tikam2...atau main2...jika anda merasakan ianya business..maka sudah tentu anda ankan menghormati forex dan bukan sekadar menjadikan forex ini seperti business pakai buang sahaja. Setelah jiwa anda merasakan ianya business..apa yang diharapkan oleh seorang businessman adalah kejayaan dan profit. Disinilah kita perlu memikirkan teknik bagaimana nak menjadikan profit dalam business. Ianya memang satu kreativiti seseorang.

Pewangi yang saya suruh anda letak ( samada lilin pewangi, atau pemyembur dsbg)adalah bertujuan menenangkan minda nada..saya tidak hendak anda tertekan dalam forex. jiwa yang tertekan diikuti minda yang tertekan sudah tentu akan memberikan impak besar pada keputusan yang akan dibuat. Ingat ...perasaan marah..dendam...tamak..semua hadir semasa jiwa dan minda tertekan...ini berbeza dengan jiwa yang tenang. Keputusan yang baik akan dapat dibuat dan menguntongkan pada jiwa yang tenang bukannya tertekan....

Pakaian yang longgar, seperti track-suit...t shirt adalah untuk mengalirkan darah ke seluruh badan..ingat forex ini ukan mengeluarkan peluh dan dan bukan menghasilkan penat dari aktiviti lasak..tetapi ianya lebih penat dari itu iaitu menggunakan minda dan otak malah jiwa pun juga... kepenatannya hadir dari dalam diri...jadi santai dan tenang begitu amat diperlukan...

Lokasi....memnag forex boleh buat dimana2... namun ada perlu sedar....forex sebenarnya bagus dibuat di empat yang tenang, sunyi dan ceria...anda tidaklah usah duduk di meja2 di kedai untuk bersembang2 sambil berforex ..ini akan mencelarukan rerakan dan diri sendiri. Ramai sifu2 dan pro dalam forex tidak masuk dalam forum..tidak berbicara kerana mereka ingin bersendirian dalam forex untuk menentukan masadepan forex mereka..mereka akan membuat keputusan dalam perjalanan forex mereka...itu sebab anda sukar menemui mereka dan menuntut ilmu dari mereka. Mereka berjaya atas usaha mereka sendiri. Jadi jika anda rasa anda ingin benar2 berforex maka usahakanlah.. ianya bukan skim cepat kaya, MLM dan lain2..ianya memerlukan usaha dan pengorbanan waktu dalam melakukan business forex ini...


Sebenarnya banyak lagi yang saya nak huraikan ..namun saya tidsk dapat memberikan banyak tips lagi buat seketika kerana kadang-kala kita perlu bersendirian untuk meneruskan kerjaya kita.. kepad anda yang telah menerima serba sedikit tips dari saya saya ucapkan tahniah..dan teruskan berjuang...akan ada masanya saya menulis lagi siri2 motivasi dalm blog saya ini....ramai bertanya2kan kenapa saya tak membicara teknik terbaru saya atau teknik2 saya yang lalu... ingat ...ini bukan lah tempatnya...disini adalah tempat bagaimana anda ingin berjaya dalam forex dengan persedian mental dan fizikal.....ingat semuanya di minda anda....amin...

Ujian Sistem..adakah mereka buat seperti ini.....

boyfxpro On 12:44 AM

Telah lama saya membuat pelbagai system yang ada....sememangnya banyak indicator2 di internet yang berkualiti tetapi ianya mempunyai tahap kualiti yang macamana pula....

Soalan sebegini sering ditanya dalam kotak pemikiran saya..... maka dengan sistem saya yang saya buat...saya sering menguji dengan akaun demo dahulu ..selepas beberapa kali membuat ubahsuaian dan menyakinkan...saya akan ujia pula dengan akaun REAL.....memang habis duit dibuatnya....mula2 saya akan gunakan USD500 melihat kejayaan atau gagal dalam sistem ini....sekiranya gagal dan sehinggakan MC berlaku saya akan catatkan semua apa yang berlaku..saya akan rakamkan dalam nota2 saya...dan pengubahsuaian dilakukan semula...selepas "fine Tuning" dijalankan ....saya akan menggunakan akaun real dengan menambah deposit sebanyak USD500 lagi....dan mengkaji..kebiasaanya selepas ianya berjalan dengan jayanya..saya akan menruskan sistem ini selama 5 bulan untuk lihat keberkesanannya....biasanya dalam memmbuat kajian saya memerlukan wang dan akaun real....sehingga kini kajian ini telah berlaku;
(Inilah wang yang saya belanjakan untuk membuat kajian pasal sistem saya....)
Teknik merdekarama : Usd 2300
Merdekarama SE : Usd 3600
MP2009 : usd 4000++
Booster : usd 3800++

Semua kajian ini mengunakan akaun real dari pelbagai Broker...namun ianya dari kocek saya sendiri dan bukan ditaja...setakat ini saya telah membelanjakan sebanyak usd 14,000++ untuk menjayakan sistem ini.....mujurlah akaun Forex saya yang menampung perbelanjaan ini......namun ianya tidak termasuk kajian berikut ;

a. Kajian EA untuk MP2009.
b. SKILL....
c Kajian untuk TPOD SKILL EA...

Kalau lah saya kirakan...saya sendiri telah menghabiskan dan membelanjakan wang sebanyak USD 20K++ untuk kesemua projek.....namun ianya masih dalam kajian saya...ini semuanya di restui oleh keluarga saya sendiri...saya sendiri menyiapkan sebuah bilik dengan 3 buah komputer, streamyx 24 jam (wifi), printer, buku rujukan ( cari kat KLCC), almari fail untuk semua kajian )..ianya macam makmal FOREX pula....

Itu sebabnya dalam teknikal dan merdekarama saya hanya memberikan percuma dan saya telah berhentikan memberikan beberapa indicator dan sistem bagi tahun 2010....

Saya yakin saya tidak menyalah sesiapa kerana saya hendak meberikan yang terbaik...namun kadang-kala ada yang menrima dan ada yang tak menrima....malah ada yang dapat memahami cara saya dan ada yang tak dapat...kenapa..sebab sifat manusia nie lain2.....saya kata lain..mereka akan kata lain.....dan menerima dengan kefahaman yang lain....saya tak menyalahkan sesiapa kerana itulah kekuatan dan kelemahan manusia...

Itu sebabnya dalam masa kajian dibuat..ianya mengambil masa antara 6-7 bulan bagi mendapatkan kepuasan hati..dan sekiranya kajian di akuan real ini menambah dan meningkat maka ianya menjadi satu kejayaan....

Bagaimana saya mengukur ketepatan dan kejayaan Sistem..
Saya mengukur dari pelbagai sudut...mula2 saya akan mengukur dari sudut kemampuan memberi signal, kemampuan memberikan entry dan exit, kemampuan mengesan sideways atau trend atau choppy , kemampuan untuk menghadapi news , kemampuan bekerja waktu masa yang macamana dan kemamuan menghasilkan profit.

Kesmuanya saya buatkan KPI ( KEY PERFORMANCE INDEK )...satu persatu sifat-sifat teknik itu saya buat garis panduan dan carta alir...

Selepas itu maka saya tetapkan pencapaiannya (Performance) sesuatu sistem...dan mesti melepasi angka 80% kemajuan baru saya dapat meneruskan kajian untuk menjalankan fine tuning sehingga mencecah kepada hampir 99%. Namun untuk mencapai 99% atau sedekat dengannya ..bukan sahaja bergantung pada sistem..ianya bergantung pada gabungan lain iaitu disiplin, keberanian, making decision, dan teknik2 lain.

Itulah sejarah saya membuat R&D pasal sistem saya....bukan mudah dan bukan nya sekadar main2..ianya memerlukan pengorbanan dari segi kewangan dan masa sehinggakan semasa memandu kereta pun asyik berfikir dan hujung minggu pun banyak menghabiskan masa dengan komputer berbanding keluarga..kini saya telah mengutamakan family dahulu dan cukuplah kajian saya setakat ini....

Namun saya ingin nasihatkan pada yang belum berjaya menguasai sebarang sistem tak kisahlah sistem saya atau bukan...usahalah..janganlah kalau gagal ..kita menyalahkan orang lain....dan kalau anda berjaya tak semestikan anda berjaya seterusnya...

Saya yakin ramai yang membuat seperti yang saya buat...dan usahlah kalau saya menghentikan pemberian sistem anda kata saya lokek dan mementingkan diri sendiri...bagi saya sudah tiba masanya kita kena berdikari sendiri dengan juadah hidangan yang telah diberikan...pisau di tangan anda..ukirlah..potonglah ikut acuan dari pandangan mata atau kata hati anda.....semoga berjaya...Salam 1 Malaysia....amin

* jika saya berikan bola....dan minta pandangan masing2...maka nada semua pasti dapat memberikan pandangan terhadap objek tersebut dari sudut masing2....adakah ianya sama pula dengan pandangan saya....hanya anda yang tau....

Money Managnment

boyfxpro On 5:35 PM

Penting untuk elakan sifat rugi dan tamak kerana kita namapak penghujungnya.
cuba renungkan. Forex ini bukan bermain dengan indicator dan signal sahaja tetapi emosi dan perasaan turut penting. Dahulu sewaktu kita mengambil lesen L untuk memandu motor. Bertapa sopannya kita. sanggup berhenti di simpang menunggu lampu isyarat berubah warna baru nak masuk gear. Setahun kemudian kita mengambil ujian memamndu dan lulus dan dapatlah lesen L ,disini kita dah mula curi2 sikit tetapi disiplin pada tanda amaran jalanraya tetap teguh. Selepas setahun dan mendapat lesen memandu penuh, kita bagaikan kemaruk , semua lampu isyarat kita langgar, lampu kuning makin memecut, selit sana selit sini, kereta cabuk hanya makan asap sahaja. kelajuan mengalahkan BMW 5 series.

Namun pada satu hari pemandu begini akan tergolek di jalanraya kerana terlanggar sesuatu, masuk keparit, taercampak dan calar2 badan. Namun bisa bangun dan masih tak sedar diri dan memecut tanpa amaran jalanraya, akhirnya berlakulah accident dan terus dikebumikan.

Faham ke maksud saya, dalam forex begitu juga, mula2 demo. dengan hati yang bagus dan ikut indicator semua menjadi, biler dapat real akaun, x ingat satu benda semua amaran dilanggar, janji boleh kutip duit, menang2 dan menang2 dan menang dan adalah sedikit loss ( calar2 badan pemandu). Bangun kembali memecut dan tak ingat dunia tak ikut aturan maka satu hari kena pulak loss besar(accident) maka MC datang ( kebumikanlah).

itulah emosi dan perjalanan. Jangan harap harga akan mengikut kita begitu juga jangan harap kita akan memecut laju tanpa menurunkan kelajuan takut di potong oleh BMW tanpa ada kemalangan. Ingat speed trap pun ada..saman