Kuasa 10pips

RUJUKAN PERIBADI SAHAJA

Pages

Money Managnment

boyfxpro On 5:35 PM

Penting untuk elakan sifat rugi dan tamak kerana kita namapak penghujungnya.
cuba renungkan. Forex ini bukan bermain dengan indicator dan signal sahaja tetapi emosi dan perasaan turut penting. Dahulu sewaktu kita mengambil lesen L untuk memandu motor. Bertapa sopannya kita. sanggup berhenti di simpang menunggu lampu isyarat berubah warna baru nak masuk gear. Setahun kemudian kita mengambil ujian memamndu dan lulus dan dapatlah lesen L ,disini kita dah mula curi2 sikit tetapi disiplin pada tanda amaran jalanraya tetap teguh. Selepas setahun dan mendapat lesen memandu penuh, kita bagaikan kemaruk , semua lampu isyarat kita langgar, lampu kuning makin memecut, selit sana selit sini, kereta cabuk hanya makan asap sahaja. kelajuan mengalahkan BMW 5 series.

Namun pada satu hari pemandu begini akan tergolek di jalanraya kerana terlanggar sesuatu, masuk keparit, taercampak dan calar2 badan. Namun bisa bangun dan masih tak sedar diri dan memecut tanpa amaran jalanraya, akhirnya berlakulah accident dan terus dikebumikan.

Faham ke maksud saya, dalam forex begitu juga, mula2 demo. dengan hati yang bagus dan ikut indicator semua menjadi, biler dapat real akaun, x ingat satu benda semua amaran dilanggar, janji boleh kutip duit, menang2 dan menang2 dan menang dan adalah sedikit loss ( calar2 badan pemandu). Bangun kembali memecut dan tak ingat dunia tak ikut aturan maka satu hari kena pulak loss besar(accident) maka MC datang ( kebumikanlah).

itulah emosi dan perjalanan. Jangan harap harga akan mengikut kita begitu juga jangan harap kita akan memecut laju tanpa menurunkan kelajuan takut di potong oleh BMW tanpa ada kemalangan. Ingat speed trap pun ada..saman

0 Responses "Money Managnment"

Post a Comment