Kuasa 10pips

RUJUKAN PERIBADI SAHAJA

Pages

Ujian Sistem..adakah mereka buat seperti ini.....

boyfxpro On 12:44 AM

Telah lama saya membuat pelbagai system yang ada....sememangnya banyak indicator2 di internet yang berkualiti tetapi ianya mempunyai tahap kualiti yang macamana pula....

Soalan sebegini sering ditanya dalam kotak pemikiran saya..... maka dengan sistem saya yang saya buat...saya sering menguji dengan akaun demo dahulu ..selepas beberapa kali membuat ubahsuaian dan menyakinkan...saya akan ujia pula dengan akaun REAL.....memang habis duit dibuatnya....mula2 saya akan gunakan USD500 melihat kejayaan atau gagal dalam sistem ini....sekiranya gagal dan sehinggakan MC berlaku saya akan catatkan semua apa yang berlaku..saya akan rakamkan dalam nota2 saya...dan pengubahsuaian dilakukan semula...selepas "fine Tuning" dijalankan ....saya akan menggunakan akaun real dengan menambah deposit sebanyak USD500 lagi....dan mengkaji..kebiasaanya selepas ianya berjalan dengan jayanya..saya akan menruskan sistem ini selama 5 bulan untuk lihat keberkesanannya....biasanya dalam memmbuat kajian saya memerlukan wang dan akaun real....sehingga kini kajian ini telah berlaku;
(Inilah wang yang saya belanjakan untuk membuat kajian pasal sistem saya....)
Teknik merdekarama : Usd 2300
Merdekarama SE : Usd 3600
MP2009 : usd 4000++
Booster : usd 3800++

Semua kajian ini mengunakan akaun real dari pelbagai Broker...namun ianya dari kocek saya sendiri dan bukan ditaja...setakat ini saya telah membelanjakan sebanyak usd 14,000++ untuk menjayakan sistem ini.....mujurlah akaun Forex saya yang menampung perbelanjaan ini......namun ianya tidak termasuk kajian berikut ;

a. Kajian EA untuk MP2009.
b. SKILL....
c Kajian untuk TPOD SKILL EA...

Kalau lah saya kirakan...saya sendiri telah menghabiskan dan membelanjakan wang sebanyak USD 20K++ untuk kesemua projek.....namun ianya masih dalam kajian saya...ini semuanya di restui oleh keluarga saya sendiri...saya sendiri menyiapkan sebuah bilik dengan 3 buah komputer, streamyx 24 jam (wifi), printer, buku rujukan ( cari kat KLCC), almari fail untuk semua kajian )..ianya macam makmal FOREX pula....

Itu sebabnya dalam teknikal dan merdekarama saya hanya memberikan percuma dan saya telah berhentikan memberikan beberapa indicator dan sistem bagi tahun 2010....

Saya yakin saya tidak menyalah sesiapa kerana saya hendak meberikan yang terbaik...namun kadang-kala ada yang menrima dan ada yang tak menrima....malah ada yang dapat memahami cara saya dan ada yang tak dapat...kenapa..sebab sifat manusia nie lain2.....saya kata lain..mereka akan kata lain.....dan menerima dengan kefahaman yang lain....saya tak menyalahkan sesiapa kerana itulah kekuatan dan kelemahan manusia...

Itu sebabnya dalam masa kajian dibuat..ianya mengambil masa antara 6-7 bulan bagi mendapatkan kepuasan hati..dan sekiranya kajian di akuan real ini menambah dan meningkat maka ianya menjadi satu kejayaan....

Bagaimana saya mengukur ketepatan dan kejayaan Sistem..
Saya mengukur dari pelbagai sudut...mula2 saya akan mengukur dari sudut kemampuan memberi signal, kemampuan memberikan entry dan exit, kemampuan mengesan sideways atau trend atau choppy , kemampuan untuk menghadapi news , kemampuan bekerja waktu masa yang macamana dan kemamuan menghasilkan profit.

Kesmuanya saya buatkan KPI ( KEY PERFORMANCE INDEK )...satu persatu sifat-sifat teknik itu saya buat garis panduan dan carta alir...

Selepas itu maka saya tetapkan pencapaiannya (Performance) sesuatu sistem...dan mesti melepasi angka 80% kemajuan baru saya dapat meneruskan kajian untuk menjalankan fine tuning sehingga mencecah kepada hampir 99%. Namun untuk mencapai 99% atau sedekat dengannya ..bukan sahaja bergantung pada sistem..ianya bergantung pada gabungan lain iaitu disiplin, keberanian, making decision, dan teknik2 lain.

Itulah sejarah saya membuat R&D pasal sistem saya....bukan mudah dan bukan nya sekadar main2..ianya memerlukan pengorbanan dari segi kewangan dan masa sehinggakan semasa memandu kereta pun asyik berfikir dan hujung minggu pun banyak menghabiskan masa dengan komputer berbanding keluarga..kini saya telah mengutamakan family dahulu dan cukuplah kajian saya setakat ini....

Namun saya ingin nasihatkan pada yang belum berjaya menguasai sebarang sistem tak kisahlah sistem saya atau bukan...usahalah..janganlah kalau gagal ..kita menyalahkan orang lain....dan kalau anda berjaya tak semestikan anda berjaya seterusnya...

Saya yakin ramai yang membuat seperti yang saya buat...dan usahlah kalau saya menghentikan pemberian sistem anda kata saya lokek dan mementingkan diri sendiri...bagi saya sudah tiba masanya kita kena berdikari sendiri dengan juadah hidangan yang telah diberikan...pisau di tangan anda..ukirlah..potonglah ikut acuan dari pandangan mata atau kata hati anda.....semoga berjaya...Salam 1 Malaysia....amin

* jika saya berikan bola....dan minta pandangan masing2...maka nada semua pasti dapat memberikan pandangan terhadap objek tersebut dari sudut masing2....adakah ianya sama pula dengan pandangan saya....hanya anda yang tau....

0 Responses "Ujian Sistem..adakah mereka buat seperti ini....."

Post a Comment